Pengumuman Daripada | : Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dan Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) |
Pegawai Dihubungi | : Puan Stella @ Nurul Martini Gontol (013-830 8577) : Encik Mohd Saffuan Yakub (019-811 8944) : Puan Yusrina Abd Menit (012-837 3062) : Puan Norazah Hamzah (019-870 1712) |
Subjek | : Jemputan Menghadiri Kursus Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Sosial |
PENCERAMAH: RUDY LUDINATA M.
![](/v5/images/article-images/imej_posterREALREAL3.jpg)
JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS PEMANTAPAN IMEJ, PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) akan menganjurkan Kursus Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Sosial pada 12 November 2016 (Sabtu) di Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah.
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran etiket sosial mengikut protokol rasmi organisasi disamping menganalisis imej dan ciri-ciri professional individu.
Sehubungan itu, Bahagian Sumber Manusia, UMS dan KESUMBA selaku penganjur seminar ini ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri seminar ini. Bersam a-sama ini dikemukakan poster kursus untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.