JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2018

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar, UMS
Subjek: Jemputan Menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor UMS 2018
 
 
SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2018
 
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
2.    Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor UMS 2018 pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         : 21 Mac 2018 (Rabu)
Masa           : 7.30 Pagi
Tempat       : Dewan Canselor, UMS
 
3.    Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput bagi menghadiri majlis tersebut. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan Kampus Sikuati, Kudat, majlis tersebut boleh diikuti menerusi video conference di lokasi seperti berikut:
 
Bil
Kampus
Lokasi
1
Kampus Antarabangsa Labuan (KAL)
Dewan Kuliah, Podium C dan D
2
Fakulti Pertanian Lestari (FPL)
Dewan Serbaguna, FPL
3
Kampus Sikuati, Kudat
Bilik Mesyuarat RMEC, Kudat
 
4.    YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dikehendaki membuat pengesahan kehadiran sama ada melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., atau pautan : https://goo.gl/forms/uHPeDEFZtVwNivMV2 kepada pihak Urusetia sebelum atau pada 19 Mac 2018 (Isnin). Bersama ini dilampirkan aturcara majlis untuk rujukan dan tindakan selanjutnya YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Yang ikhlas,
NO'MAN HJ. AHMAD 
Pendaftar
 
*Makluman tambahan: Sesi pendaftaran untuk semua staf Universiti Malaysia Sabah adalah bertempat di Laman Graduan.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.