Kecemerlangan Warga FKI di Anugerah Kecemerlangan & Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AKIPP) UMS 2025
Kota Kinabalu, 10 Oktober 2025 – Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila dua orang pensyarahnya meraih anugerah di Anugerah Kecemerlangan & Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AKIPP) UMS 2025.
Dr. Suaini Binti Sura telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Sains – SULAM UMS Showcase, serta turut menerima Tempat Ketiga dalam Anugerah SULAM. Pencapaian ini menggambarkan komitmen beliau dalam memperkasa pendekatan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) melalui inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan komuniti.
Manakala Ts. Soffri Bin Yussof turut mengharumkan nama fakulti apabila beliau meraih Naib Johan bagi Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Berse muka). Kejayaan ini mengiktiraf usaha beliau dalam memperkukuh kaedah pembelajaran imersif yang berkesan dan berimpak tinggi kepada pelajar.
Dekan FKI merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua penerima atas kejayaan ini dan berharap pencapaian mereka akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang pengajaran, pembelajaran, serta inovasi akademik.
#FKIUMS #UMS #AKIPPUMS #SULAM #InovasiPendidikan #BrainofBorneo




