Latar Belakang UMSfm


Idea penubuhan radio kampus atau radio kolej telah diilhamkan seawal tahun 2005.Radio tersebut dikenali sebagai KKFM dengan tagline Bukan Sekadar Muzik pada 1 Julai 2010. Pada awal siaran, Radio UMS yang dikenali sebagai KKFM lebih bersifat komersial dan hiburan.
Kemudian, pihak tertinggi UMS dan RTM telah memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) pada 15 September 2017. Ia melibatkan penjenamaan semula dari Radio KKFM kepada Kampus Kita FM. Tujuan penjenamaan semula ini adalah untuk memperlihatkan fungsi sebenar penubuhan Radio UMS.

Kampus kita FM tampil dengan tagline Suara Ilmiah Bestari. Pihak UMS telah menambahbaik tujuan dan fungsi sebenar siaran Radio Kampus Kita FM dengan menempatkan radio ini dibawah Program Komunikasi, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) UMS (kini dikenali sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Kampus Kita FM menjadi sebagai medan untuk pelajar Universiti Malaysia Sabah terutama pelajar dalam dan antarabangsa program
komunikasi untuk mengetahui bidang penyiaran sebenar yang bersifat ilmiah dan sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat. Siaran Radio Kampus Kita FM dapat diakses atau didengar di frekuensi 91.1mhz. Radio ini juga bersiaran secara sambung siar “relay” di UMSKAL. 

Pada 20 Januari 2021 radio kampus ini telah dijenamakan sekali lagi kepada UMSfm dengan pembaharuan terhadap visi, misi dan objektif. UMSfm bersiaran dengan menggunakan tagline baharu iaitu "Suara Kampus Lestari". UMSfm turut melakukan perubahan drastik dengan mula menggunakan platform podcast. Ini menjadikan UMSfm sebagai sebuah radio kampus pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi tersebut.
Image

Dari Meja Pengurus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

kepada semua pengunjung laman ini dan pendengar UMSfm.

UMSfm berperanan besar dalam melatih pelajar Program Komunikasi & bukan Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta menjadi pusat penyebaran maklumat, mempromosi UMS dan polisi kerajaan kepada umum. UMSfm berhasrat menyalurkan maklumat dan menerbitkan rancangan yang berkualiti selaras dengan dasar UMS, Jabatan Penyiaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pihak pengurusan UMSfm berhasrat menjadikan UMSfm sebagai stesen radio universiti yang berwibawa, dan unggul kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah dan pendengar setempat.
Dr. Intan Soliha Ibrahim
Pengurus, UMSfm

FUNGSI, VISI & MISI KAMI

Image
UMSfm berfungsi untuk:
melatih pelajar Program Komunikasi & bukan Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta menjadi pusat penyebaran maklumat, mempromosi UMS dan polisi kerajaan kepada umum.
VISI UMSfm adalah:
Menyalurkan maklumat dan menerbitkan rancangan yang berkualiti selaras dengan dasar UMS, Jabatan Penyiaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
MISI UMSfm adalah:
Menjadikan UMSfm sebagai stesen radio universiti yang berwibawa, dan unggul  kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah dan pendengar setempat.

About

Useful Links

Reach Us

Faculty of Social Science & Humanities
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

+60 88 320 000
Ext: 1771/2710/2711

pejfssk[@]ums.edu.my

Follow Us

Download App

iUMS

Download Now!

Qries

Qries