Semasa Konvokesyen
SemasaKonvokesyen
Sebelum Graduan Memasuki Dewan
Sila patuhi perkara-perkara berikut sebelum graduan memasuki Dewan:
Graduan hendaklah berkumpul di Laman Graduan, Dewan Canselor dan beratur mengikut program dan fakulti pada masa berikut:
Sidang Pagi : 7.00 pagi
Sidang Petang : 12.30 tengahari
*Bagi mengelak kesesakan lalulintas yang akan berlaku disebabkan penutupan laluan dan pembuatan jalanraya di hadapan kampus, graduan digalakkan untuk datang 1 lebih awal (bagi graduan Sidang Pagi) dan 3-4 jam lebih awal (bagi graduan Sidang Petang).
Sidang Pagi : 6.00 pagi
Sidang Petang : 10.00-11.00 pagi
- Graduan hendaklah memastikan sidang adalah dihadiri adalah betul.
- Jubah, hud dan mortarboard dipakai dengan kemas.
- Graduan memakai pakaian mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan (Sila rujuk perkara 6. Pakaian dan Rupadiri).
- Graduan tidak membawa bersama beg tangan, bunga, makanan dan minuman serta barang-barang lain yang tidak dibenarkan ke dalam Dewan.
- Telefon mudah alih berada dalam mod senyap (silent mode).
- Graduan menggunakan tandas sebelum memasuki Dewan.
- Graduan membawa bersama Kad Graduan.
PERINGATAN: PENERIMAAN IJAZAH TIDAK BOLEH DIWAKILKAN OLEH ORANG LAIN SELAIN DARIPADA GRADUAN SENDIRI.
Semasa Majlis