Popular Articles
Recent Stories
PENGENALAN
Masjid UMS mula digunakan untuk solat lima waktu pada bulan Februari 2002. Walau bagaimanapun perasmian masjid hanya dapat disempurnakan pada 29 November 2002 (Jumaat) bersamaan 24 Ramadhan 1423H oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai, Canselor Universiti Malaysia Sabah yang pertama.
Penaiktarafan Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid kepada Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah pada 20hb Januari 2015M bersamaan dengan 29 Rabiul Awal 1436H menjadi kesinambungan dalam memartabatkan fungsi dan peranan Masjid Universiti Malaysia Sabah bukan sahaja sebagai pusat peribadatan semata-mata bahkan menjadikannya sebagai One Stop CenterÂyang akan lebih memudahkan para jamaah ketika berkunjung ke masjid ini.
FUNGSI UMUM
- Merancang dan menguruskan program-program keagamaan universiti bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran khususnya kepada kakitangan UMS tentang ajaran Islam.
- Membimbing dan memberikan khidmat kaunseling untuk warga UMS berkenaan tatacara dan peraturan dalam kehidupan seharian selari dengan apa yang dianjurkan oleh Syara’.
- Memastikan Masjid UMS berperanan penuh sebagai pusat beribadah dan percambahan ilmu.
- Sebagai pusat rujukan utama UMS berkaitan isu-isu semasa berkaitan Agama Islam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayari laman web Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah.
Besar harapan kami untuk menjadikan satu wadah perhubungan antara Pusat Islam dengan masyarakat kampus seterusnya masyarakat luar amnya. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan dianjurkan di Pusat Islam UMS khususnya untuk kebaikan dan kebajikan semua orang.
Diharapkan dengan penaiktarafan fungsi daripada Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid kepada Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, akan lebih memudahkan kami dalam memastikan syiar Islam khususnya kepada seluruh warga UMS dan masyarakat sekitarnya akan lebih diterima dengan baik dan senantiasa mendapat sokongan.
Besar harapan saya dan semua kakitangan di Pusat Islam untuk menerima sebarang cadangan, komen, dan apa sahaja perkara yang dapat memajukan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan kakitangan UMS.
Akhir sekali, terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua pihak selama ini dalam memajukan Pusat Islam UMS.
جزاكم الله خير الجزاء
Yang Ikhlas
Ust. Md. Razali Saibin
Pengarah
Pusat Islam
Universiti Malaysia Sabah