Sandakan, — Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menganjurkan Program Jerayawara Taklimat & Semakan Potongan Zakat bertempat di Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan.Program dimulakan seawal jam 9 pagi dan berlangsung dalam suasana penuh interaktif dan informatif.
Taklimat mengenai kefahaman asas zakat, khususnya zakat penggajian, disampaikan dengan penuh semangat oleh penceramah Puan Noorisah Binti Taljid , Ketua Bahagian Pendidikan dan Zakat Pusat Islam UMS , serta disusuli sesi semakan potongan zakat secara terus.
Kerjasama erat antara PIUMS dan Fakulti Pertanian Lestari telah menjadikan program ini bukan sahaja berjaya dari segi pelaksanaan, malah memberi impak besar kepada kefahaman dan penghayatan amalan zakat dalam kalangan warga universiti.
Disediakan oleh : Unit Zakat, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah