Kota Kinabalu - Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah melalui Unit Zakat Pusat Islam UMS (PIUMS) telah menyerahkan Sumbangan baucar makanan pelajar asnaf Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) Universiti Malaysia Sabah. Bantuan ini disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam UMS, Dr. Sarip bin Adul kepada Puan. Stella @ Nurul Martini Gontol, Pengarah NR Dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) UMS. Majlis serahan ini turut dihadiri oleh Puan Noorisah binti Taljid, Ketua Bahagian Pendidikan dan Zakat (BPZ) PIUMS dan Pn.Kartini binti Mail@Ismail, Ketua Unit Zakat (BPZ) PIUMS. Inisiatif kebajikan ini bertujuan untuk membantu pelajar asnaf kampus dalam keperluan harian mereka. Sumbangan ini merupakan tajaan Unit Zakat Pusat Islam UMS (PIUMS) dan Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
#zakatmembawaberkat
#membangunbersamaasnaf
#KebajikanMenyantuniMahasiswa
Disediakan oleh : Unit Zakat, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah