Perhatian kepada semua pelajar tahun akhir, graduan, dan orang awam!!!
Apa yang Menanti Anda?
- Ceramah Kerjaya : Dapatkan inspirasi dan ilmu daripada pakar industri yang akan berkongsi pengalaman dan nasihat berharga.
- Pameran Industri : Terokai pelbagai industri dan ketahui lebih lanjut tentang peluang kerjaya yang tersedia.
- Sesi Temu Duga Terbuka : Bertemu dengan majikan dari pelbagai sektor yang mencari bakat baru untuk menyertai pasukan industri.
Kenapa Anda Perlu Hadir?
- Peluang Emas : Temui majikan secara langsung dan tingkatkan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan impian.
- Maklumat Terkini : Dapatkan maklumat terkini mengenai pasaran kerja dan peluang kerjaya.
- Jaringan Profesional : Luaskan rangkaian profesional anda dengan bertemu dengan pakar industri dan pencari kerja lain.
Jangan Ketinggalan! Tandakan kalendar anda dan sertai kami di Karnival Kerjaya MyFutureJobs X UMS 2025. Datanglah beramai-ramai dan ambil langkah pertama anda ke arah kerjaya yang cemerlang!
Tarikh: 29 - 30 April 2025
Masa: 9:00 Pagi - 4:00 Petang
Lokasi: Auditorium, Pusat Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah