KUALA LUMPUR, 28 JULAI - Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 telah dianjurkan di Pusat Pameran dan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur yang bermula dari 26-28 Julai 2022 dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah menganjurkan MIACES 2022 dengan bertemakan 'Memajukan Agrikomoditi dalam Ekosistem Lestari’.

Rombongan dari UMS yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly dan Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi Dan Pengkomersialan (PPIP), Profesor Madya Dr. Jidon @ Adrian Bin Janaun telah mengadakan pameran inovasi UMS dalam majlis tersebut selama 3 hari berturut-turut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih juga kepada Villaco Sdn. Bhd., DrillTech Engineering Sdn. Bhd., UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. dan pihak-pihak lain yang terlibat. Semoga ia dapat membuka lebih banyak kerjasama antara UMS dan KPPK di masa hadapan.

#UMSKampusRahmah
#BertekadCemerlang
––––––––––––––––––––––––––––––
Track: Anybody — Next Route [Audio Library Release]
Music provided by Audio Library Plus Watch: https://youtu.be/A7yTHfK58rg
Free Download / Stream: https://alplus.io/anybody
––––––––––––––––––––––––––––––