
Program “Bridging Industry With UMS Innovations: a Networking Event” telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Jun 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program anjuran bersama di antara UMS dan FMM ini telah dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang mewakili Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, JP , Naib Canselor UMS.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menghubungkan ahli akademik dengan pihak industri, mempromosikan hasil penyelidikan dan inovasi universiti, menggalakkan pengkomersialan teknologi dan inovasi, meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta menyokong pembangunan ekonomi dan industri di negeri Sabah.
Program ini turut disertai oleh pelbagai agensi dan organisasi termasuk En. Liaw Hen Kong, Pengerusi, Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) Cawangan Sabah; Pn. Asmah Binti Khalid, Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Cawangan Sabah; Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Arzmi, Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); En. Saverinus Kitingan, Pengarah, Sabah Techpreneur Association (SATA); serta Pn. Uliantie Sarjuni, Penolong Pengarah Ekosistem Pembinaan Kapasiti, Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC).
Selain itu, program ini turut mendapat sokongan penyertaan daripada agensi seperti Department of Industrial Development and Research (DIDR), Sabah Techpreneur Association (SATA), dan Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC). Penyertaan aktif daripada pemain industri juga menyerlahkan kepelbagaian bidang yang terlibat, antaranya AR Food Industrial Sdn. Bhd., Beta Maju Sdn. Bhd., Emilhan Trading Sdn. Bhd., Cooldec Industries Sdn. Bhd., Sabah Tea Resort Sdn. Bhd., Glory Marketing, Mama Best Food Manufacturer Sdn. Bhd., Life Water Industries Sdn. Bhd., Borneo Nature Tours, serta Colourcoil Industries Sdn. Bhd.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Diharapkan jaringan strategik yang terjalin dapat membuka lebih banyak peluang kolaborasi antara universiti dan industri, ke arah memperkukuh ekosistem inovasi dan pembangunan di Sabah.