Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

  1. Adalah dimaklumkan bahawa tempoh permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 2/2022 telah dilanjutkan sehingga 27 Mei 2022 (Jumaat). Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

 

Pemohon adalah dipohon untuk mengambil perhatian dan mematuhi tarikh-tarikh penting permohonan seperti berikut:

 

Tempoh Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 2/2022 di sistem PPRN (https://epprn.mohe.gov.my/)

:

18 April – 13 Mei 2022

Saringan dan Semakan Peringkat PPIP

:

14 - 16 Mei 2022

Tempoh Penilaian Dalaman

:

17 – 22 Mei 2022

Tempoh Penambahbaikan

:

23 – 25 Mei 2022

Tarikh Akhir Pengesahan pihak PPIP

:

26 Mei 2022

Tarikh Penghantaran Permohonan Projek PPRN

:

27 Mei 2022

 

  1. Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) memohon kerjasama YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada penyelidik-penyelidik di F/A/I/P YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan masing-masing.

 

  1. Bersama-sama ini dilampirkan pautan Google Drive: https://tinyurl.com/pprnums, yang merangkumi Garis Panduan PPRN, contoh Borang Permohonan, Slaid Taklimat PPRN 2022, Slaid Penggunaan Sistem epprn, dan Rakaman Video Taklimat untuk makluman dan rujukan lanjut.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN UMS seperti berikut:

 

  1. Dr. Rozilee Asid (samb. 101010, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. )
  2. Pn. Aqilah Afendy (samb: 120834, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. )

        3. Pn. Marliana John (samb: 101861, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. )

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

--

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

[Innovation and Comercialization Management Centre (ICMC)]

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Tel : +6088-320000 ext. 214900