Ketua Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
UNIT PENYELIDIKAN PSIKOLOGI DAN KESIHATAN SOSIAL (UPPsiKS)
Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) telah diperakukan penubuhannya pada 30 Disember 1997 melalui Mesyuarat Majlis UMS Kali Ke-9 sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) (Kini Fakulti Psikologi dan Pendidikan, FPP). UPPsiKS memberi tumpuan kepada bidang Kesejahteraan Psikologi, Psikologi Klinikal, Psikologi Silang-Budaya, Multi-Budaya, Psikologi Indigenous serta bidang Ujian dan Pengukuran Psikologi. Di samping itu, UPPsiKS juga menawarkan latihan, kursus, perkhidmatan / perundingan dan khidmat masyarakat kepada penyelidik, staf akademik, staf pentadbiran, organisasi luar dan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah samada dalam mahupun luar UMS.
Kami berharap laman web ini dapat memberikan maklumat berguna khususnya kepada mereka yang ingin menjalin kerjasama penyelidikan dan ingin membuat rujukan dan mendapatkan data serta bahan penyelidikan di unit kami. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan selamat melayari laman sesawang kami dengan seronok dan bermakna.
“Bertekad Cemerlang”
Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Hj. Bahari
Ketua
Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial