Pengumuman Daripada: Pusat Kajian Bencana Alam (Natural Disaster Research Centre, NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah
SEMINAR BENCANA ALAM (SBA 2022)
"Memperkasa Kedayatahanan Bencana Alam Terhadap Perubahan Iklim dan Era Pasca COVID-19"
===================
PANGGILAN ABSTRAK
===================
Dato'/Profesor Dr./Profesor Madya Dr. /Ir./Ts./Dr./Tuan/Puan,
Pusat Kajian Bencana Alam (Natural Disaster Research Centre, NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Lembaga Geologi Malaysia (BOG), Institut Geologi Malaysia (IGM), Persatuan Geologi Malaysia dan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) ingin menjemput kakitangan akademik/penyelidik/pelajar pascasiswazah yang berminat untuk menghantar abstrak kertas kerja bersempena Seminar Bencana Alam 2022 (SBA 2022) yang akan dijalankan secara maya mengikut ketetapan berikut;
Seminar Secara Maya : 24-25 Ogos 2022
Kerja lapangan (Pilihan) : 26 Ogos 2022
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 13 Jun 2022
Tarikh makluman penerimaan abstrak: 25 Julai 2022
Maklumat lanjut berkaitan SBA 2022 boleh diperolehi pada poster edaran atau terus ke laman web www.ums.edu.my/fssa/ndrc/sba2022
Sekian dan terima kasih.
SEKRETARIAT
Seminar Bencana Alam 2022 (SBA 2022)