Pengumuman Daripada | : Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah |
Subjek | : Kempen Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah - Aktiviti Susun |
Pegawai Dihubungi | : Cik Earlene Kasamira V. Bt Edham (013-852 9292) : Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362) |
KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH -AKTIVITI SUSUN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Oktober 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
3. Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan bagi setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut /Unit agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA yang kedua iaitu SUSUN. SUSUN barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ia mudah diambil.
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.