Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2021 Universiti Malaysia Sabah

Cetak

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk memohon menyertai program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Cadangan Tarikh : 25 Januari 2021 - 30 Januari 2021

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah

 

3. Untuk makluman, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

 

4. Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

 

5. Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dimohon untuk membuat permohonan mengikuti  Program Transformasi Minda (PTM) siri 1/2021 melalui pautan Google form iaitu https://forms.gle/GPH3XDUF8SKDn6cBA sebelum atau pada 15 Januari 2021 (Jumaat) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari dan keputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 1/2021 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.