Pengumuman Daripada : Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PERUBAHAN KONSEP PENGANJURAN EXPO KECEMERLANGAN REKACIPTA UMS BAGI TAHUN 2020 (EXCOCIPTA 2020)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat pelawaan bertarikh 6 Oktober 2020 adalah berkaitan.
2. Seperti yang telah dimaklumkan, bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah merancang untuk mengadakan Expo Kecemerlangan Rekacipta UMS bagi tahun 2020 (EXCOCIPTA 2020) pada 21 hingga 23 Januari 2021, bertempat di Sabah Convention International Centre (SICC).
3. Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seluruh negara dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Negeri Sabah yang telah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021, berserta dengan situasi semasa pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih tidak menentu, pihak PPPI selaku sekretariat penganjuran dengan ini memutuskan untuk membuat perubahan dalam penganjuran Expo Kecemerlangan Rekacipta UMS bagi tahun 2020 (EXCOCIPTA 2020) ini. Berikut adalah butiran perubahan yang akan dilaksanakan;
- EXCOCIPTA akan berlangsung selama enam (6) bulan bermula bulan Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021.
- EXCOCIPTA akan mengadakan aktiviti bulanan iaitu acara Capacity Building yang akan diadakan setiap bulan secara atas talian (online).
- Acara Perasmian Pembukaan EXCOCIPTA dan pengumuman pemenang bagi Pertandingan Rekacipta (PEREKA) akan diadakan pada 21 hingga 23 Januari 2021.
- Kolokium KONCEPP (UMS Co-FA), Anugerah Penyelidik UMS (APUMS), berserta beberapa acara lain seperti Meet and Greet akan diadakan di penghujung penganjuran EXCOCIPTA iaitu pada bulan Jun 2021.
- Tarikh akhir bagi penghantaran manuskrip oleh fakulti/ pusat/ institut kepada urus setia Co-FA dilanjutkan sehingga 30 April 2021.
4. Sehubungan itu, pihak PPPI memohon jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan makluman ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.
Segala komitmen Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah diharapkan agar terus menyokong dan menyertai penganjuran ini. Kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, dan terima kasih.
DARIPADA;
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI), UMS
Surat Makluman (.pdf)