Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr.,/Prof. Madya Dr./Tuan/Puan
Makluman Pembukaan Permohonan Bagi Malaysia-France Bilateral Research Collaboration 2021 (MATCH)
Sukacita dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah berkerjasama dengan Ministry of Europe and Foreign Affairs (MEAE) dan Ministry of National Education, Higher Education and Research (MESRI) Perancis bagi melaksanakan program Hubert Curien Partnership-Hibiscus (PHC-Hibiscus) bagi tahun 2019 dan 2020. Susulan dari kejayaan pelaksanaan PHC-Hibiscus tersebut dan bagi mengukuhkan lagi kerjasama kedua belah pihak, KPT dan Kerajaan Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan Malaysia-France Bilateral Research Collaboration (MATCH) di bawah program Malaysia Partnership and Alliances in Research (MyPAiR) bagi tahun 2021.
Penyelidik yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) untuk diperakukan sebelum pihak PPPI memajukan permohonan kepada pihak urusetia Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
- Penyelidik yang berminat adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:
- Pemohon hendaklah melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proformaseperti di Lampiran C. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT dan hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak PPPI sebelum 05 April 2021.
- Pemohon juga dipohon untuk mengambil maklum bahawa permohonan daripada Penyelidik Utama Perancis perlu dikemukakan ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Hanya permohonan yang diterima daripada kedua-dua Penyelidik Utama Malaysia dan Perancis akan dibawa ke peringkat penilaian selanjutnya.
- Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris.
- Syarat permohonan dan peraturan kewangan perlu dirujuk kepada Garis Panduan Malaysia-France Bilateral Research Collaboration 2021 yang disertakan bersama.
- Penyelidik perlu memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dan menyertakan CV penyelidik berkenaan dalam permohonan yang dikemukakan.
- Pemohon perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Perancis. Pihak Kementerian tidak dapat membantu dalam mengenalpasti rakan kerjasama tersebut. Bukti persetujuan untuk berkerjasama perlu dilampirkan bersama permohonan.
- Surat persetujuan/sokongan daripada Penyelidik Utama Perancis perlu dilampirkan bersama permohonan.
- Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Malaysia-France Bilateral Research Collaboration 2021 seperti di Lampiran B, Borang Permohonan seperti di Lampiran C, dan MOHE Cost Proformaseperti di Lampiran D untuk makluman dan tindakan Prof. Datuk Dr./Prof. Dr.,/Prof. Madya Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
- Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pegawai berikut:
En. Jasyindar Singh Sihdu A/l Jaimal Singh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
03-8870 6952
Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
03-8870 6969 ext. 4584
- Kerjasama dan perhatian Prof. Datuk Dr./Prof. Dr.,/Prof. Madya Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.