Pengumuman Daripada: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Covid-19 UMS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menjadi salah satu daripada Pusat Pemberian Vaksin di negeri ini. Sehubungan itu, semua kakitangan UMS perlu menjawab beberapa soalan ringkas berkaitan Vaksin Covid-19 ini sebelum dibolehkan untuk ‘clock in’ pada 1 April 2021 ini. Sesiapa yang bercuti pada hari tersebut diminta untuk berhubung dengan pihak UMS Shields di talian 0199733814.
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.