Program ‘Rasa Sungkai Dapur Eyang’

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, UMS

 

 

Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS menjemput warga kampus untuk berkongsi pelbagai resipi warisan menu sungkai sempena Ramadan yang akan tiba.

Resipi tersebut akan dilayarkan secara digital dalam program ‘Rasa Sungkai Dapur Eyang’ bermula 1 Ramadan 1442H melalui Laman Facebook UMS dan YouTube UMSNet.

Sila hantarkan resipi beserta gambar menu anda kepada Puan Faezah Mohamad Dun melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 15 April 2021.

 

Kami amat mengahargai sumbangan resipi daripada anda.


Selamat menyambut bulan Ramadan 1442H.