Sumbangan Iftar (Berbuka Puasa) Ramadhan 1442H/2021M, UMS

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Borang Sumbangan Iftar (Berbuka Puasa) Ramadhan 1442H/2021M, UMS (.pdf)

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, UMS melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengedarkan jamuan iftar khasnya kepada mahasiswa UMS yang berada di kolej-kolej kediaman UMS. Anggaran perbelanjaan iftar adalah sebanyak RM10 x 300 orang (RM3,000.00) sehari.

 

3. Sehubungan itu, PIUMS membuka ruang dan peluang kepada pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyumbang jamuan iftar tersebut dan menghebahkan perkara ini kepada kakitangan seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Bersama ini, disertakan poster dan borang penyertaan sumbangan iftar untuk tindakan dan rujukan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Binik Majuril di talian 088-320000 sambungan 613866 atau HP: 019-8737704.

 

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dan digandakan pahala sepanjang bulan ramadhan.

 

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi

 

Sekian dan terima kasih.