Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, UMS
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2021 pada 16 September 2021, Webinar Strategik UMS Siri 2 dengan topik 'Keharmonian Hubungan Etnik di Sabah: Retorik atau Realiti?' akan dianjurkan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 15 September 2021 (Rabu)
Masa : 11:00 pagi
Platform : Facebook UMS dan YouTube UMSNet
Webinar ini akan membincangkan mengenai keharmonian, perpaduan dan toleransi dalam hubungan pelbagai kaum dan etnik yang ada di Negeri Sabah yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat dan negeri lain di Malaysia.
Adalah diharapkan penganjuran webinar ini akan dapat membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kepelbagaian kaum, etnik dan budaya di kalangan rakyat Malaysia, dan membolehkan mereka menghargai perbezaan budaya dan mengetahui titik persamaan untuk membina asas perpaduan kaum yang lebih kukuh, harmoni dan bersatu padu sesuai dengan konsep ‘Keluarga Malaysia” masa kini.
Semua dijemput untuk menyertai webinar ini.