Penamatan Perkhidmatan Rakaman Video Dalam Google Meet

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

Dukacitanya, perkhidmatan rakaman video telah ditamatkan oleh Pihak Google bagi langganan Google Workspace Education Fundamental (Free Version). Untuk makluman, UMS hanya melanggan Google Workspace Education Fundamental (Free Version).

 

Walaubagaimanapun perkhidmatan Google Meet berfungsi seperti biasa (tanpa rakaman).

 

Sila gunakan perkhidmatan Cisco Webex atau Microsoft Teams untuk tujuan rakaman video, hubungi Help Desk KUKURO untuk sebarang bantuan mengenai perkhidmatan ini.(talian WhatsApp : 088329000)

 

Segala kesulitan amat dikesali

 

Sekian Terima Kasih