Webinar Taklimat Mengenai Pendaftaran Permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta Anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR TAKLIMAT MENGENAI PENDAFTARAN PERMOHONAN PEMBERITAHUAN SUKARELA HAK CIPTA ANJURAN PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan, satu webinar taklimat mengenai pendaftaran permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan diadakan pada 9 Ogos 2022 (Selasa) secara atas talian. Webinar ini terbuka kepada semua dan ia adalah PERCUMA. YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir ke Sesi Taklimat ini.

3. Dilampirkan poster Sesi Taklimat untuk YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan imbas kod QR tertera atau klik pautan berikut untuk mendaftar: https://zoom.us/webinar/register/WN_wbt9mvoATbijHLTZKR46BQ

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menguar-uarkan jemputan ini di Fakulti/Akademi/Institut/Pusat masing-masing amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.