Iklan Kekosongan Jawatan di Pejabat Education Malaysia Luar Negara, Kementerian Pendidikan Tinggi

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof. / Dr. / Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PEJABAT EDUCATION MALAYSIA LUAR NEGARA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

 

Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia/ Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pendidikan Tinggi. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut :


SYARAT-SYARAT UMUM:

(a)      Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

(b)      Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

(c)      Mempunyai prestasi kerja di tahap 87% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (2019,2020,2021 atau 2020, 2021 dan 2022);

(d)      Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dimohon;

(e)      Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;

(f)       Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan; dan

(g)      Pegawai tidak memangku/telah diperaku Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA)/berada dalam zon pemangkuan.

 

SYARAT-SYARAT KHUSUS:

(a)    Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di Education Malaysia London dan Education Malaysia Indonesia

 

⮚      pengurusan, polisi dan hala tuju pendidikan tinggi Malaysia;

⮚      promosi Pendidikan Malaysia;

⮚      pengalaman dalam pengurusan hal ehwal pelajar;

⮚      pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, aset dan akaun; dan

⮚      pengurusan psikologi, bimbingan dan kaunseling.

⮚      memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau

⮚      memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

 

(b)       Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka) di Education Malaysia Beijing, Education Malaysia London, Education Malaysia Los Angeles dan Education Malaysia Mesir

⮚         promosi Pendidikan Malaysia;

⮚         pengalaman dalam pengurusan hal ehwal pelajar;

⮚         pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, aset dan akaun; dan

⮚         pengurusan psikologi, bimbingan dan kaunseling.

 

KEUTAMAAN DIBERI KEPADA PEMOHON-PEMOHON BERIKUT:

(a)    Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.

(b)    Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain (sila nyatakan dalam borang permohonan).

 

CARA MEMOHON

(a)   Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [Pindaan 2020] yang disertakan;

(b)    Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah  disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

▪            senarai tugas pegawai terkini;

▪            satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini berserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;

(c)     Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang  diperlukan  hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:

 

           Setiausaha Bahagian

           Kementerian Pendidikan Tinggi

           Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

           Aras 15, No.2, Menara 2

           Jalan P5/6, Presint 5

           62200 W.P. PUTRAJAYA

           (u.p: Urusan Pengambilan EM)

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 3 Februari 2023 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

 

TEMU DUGA

Hanya pemohon yang layak dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

 

KEPUTUSAN

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Menimbang/ Pihak Berkuasa Melantik berkaitan.

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urus setia seperti berikut :

 

(i)                  Encik Fabian Anak Phillip

                   No. Tel : 03 – 8870 5259

                   Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

(ii)                 Encik Mohd Arif bin Yusuf

                   No. Tel : 03 – 8870 5225

                   Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Maklumat lanjut sila rujuk pautan ini: 

Iklan Kekosongan Jawatan di Pejabat Education Malaysia Luar Negara, Kementerian Pendidikan Tinggi