Pengemaskinian Maklumat Peribadi Dalam Sistem HROnline V4.0

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS WAJIB mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem HR-Online V4.0
 
Untuk makluman, maklumat peribadi terkini adalah penting bagi pengemaskinian maklumat peribadi dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan tujuan perkhidmatan, perubatan (e-GL), kemudahan persaraan, pengajian, pengesahan perkhidmatan, kompetensi & kenaikan pangkat, cuti & tuntutan serta yang berkaitan.
 
Perhatian dan kerjasama pihak pihak YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
 
Sekian.