Pemakluman Singkatan Nama Baharu Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH UMS)

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.10/2024 pada 14 Mei 2024, telah bersetuju mengenai kertas pemakluman penjenamaan semula nama singkatan PKKP kepada COSH.   

Justeru, sukacita dimaklumkan bermula pada 24 Mei 2024 singkatan nama baharu bagi Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dikenali sebagai COSH UMS. 

Kerjasama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.