Kempen Kesedaran Kewajipan Berzakat

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

TAHUKAH ANDA ❓❓
 
TIDAK banyak negara yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.
 
Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”.
 
Oleh itu, potongan cukai berjadual (PCB) boleh ditukar kepada potongan zakat berjadual tanpa melibatkan komitmen tambahan pencarum.
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara dalam talian, Sila hubungi:
 
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)