Pengumuman Daripada: Hospital UMS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) ingin menjemput semua kakitangan UMS untuk menghadiri Bengkel Konsep & Amalan Profesional: Hospital Mesra Ibadah dengan tema “Hospital Pakar UMS: Ladang Pahalaku”.
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 3.30 petang
📍 Lokasi: Auditorium Utama, Blok B, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 3.30 petang
📍 Lokasi: Auditorium Utama, Blok B, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta mengukuhkan pemahaman mengenai pelaksanaan standard hospital yang mesra ibadah. Program ini akan menampilkan penceramah jemputan:
🎤 Dr. Ishak bin Mas’ud – Pengarah Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur
🎤 Ustazah Dr. Hajah Suhailah binti Abdul Muin – Ketua Program Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Islam
🎤 Ustazah Dr. Hajah Suhailah binti Abdul Muin – Ketua Program Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Islam
Manakala sesi panel forum akan dikendalikan oleh:
🎙 Dr. Sarip bin Adul – Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
🎙 Dr. Sarip bin Adul – Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
✅ Penyertaan adalah percuma untuk semua kakitangan
✅ Mata IDP disediakan
✅ Mata IDP disediakan
Jadual penuh program boleh dirujuk dalam poster yang dilampirkan. Kami amat menggalakkan kehadiran semua kakitangan bagi bersama-sama memperkasa nilai ibadah dalam ekosistem hospital.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Azimah Binti Rahmat melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.