Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan terhadap perkhidmatan kami.
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan. Justeru itu, kami amat menghargai sekiranya YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik ini.
Soal selidik boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
#UMSTheBrainOfBorneo
#ppipums
#InI.UMS