Pemilihan Pemain Badminton UMS Sempena Piala Setiausaha Persekutuan Sabah 2025

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pengurus Pasukan Badminton UMS 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menyertai Kejohanan Piala Setiausaha Persekutuan Sabah 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 20 Julai 2025.
 
Sehubungan itu, sesi pemilihan pemain badminton UMS akan diadakan seperti butiran berikut:
 
📅 Tarikh: 30 Jun 2025
🕔 Masa: 6:00 petang
📍 Tempat: Dewan Serbaguna, Mini Putrajaya
 
Semua warga UMS yang berminat, berjawatan tetap dan berbakat dalam sukan badminton adalah dijemput hadir bagi menyertai sesi pemilihan ini dengan mendaftar melalui pautan QR dalam poster. 
 
Kehadiran tepat pada masa amat dihargai.
 
Ayuh sertai dan wakili UMS dalam kejohanan berprestij ini!