Jemputan Ke Program Food Festival 2025 (FoodFest'25)

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Salam FSMP: Leading the Frontier of Food and Future

Sukacita dimaklumkan bahawa Food Festival 2025 (FoodFest’25) anjuran Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah bagi sesi 2024/2025 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh:
24 dan 25 Jun 2025 (Selasa dan Rabu)

🕘 Masa:
•⁠ ⁠24 Jun 2025 (Selasa): 8.00 pagi – 9.30 malam
•⁠ ⁠25 Jun 2025 (Rabu): 8.00 pagi – 5.00 petang

📍 Tempat:
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

Program ini diadakan bagi meraikan kepelbagaian budaya makanan serta memupuk minat terhadap inovasi dan kreativiti dalam bidang makanan dan pemakanan. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung, antaranya:

✅ Pameran Food Product Development & Innovation
✅ Lebih 45 penggerai & food truck
✅ Tamu Dessert dan Agensi Luar
✅ Pelbagai Sampel Makanan Percuma
✅  Foodventure Hunt
✅ Pertandingan Poster Digital & Video TikTok
✅ Permainan Mini dan Cooking Show
✅ Battle of Buskers

Semua warga kampus dan orang awam dijemput hadir memeriahkan program ini. Ayuh bersama-sama menikmati kemeriahan festival sambil menyelami dunia sains makanan yang penuh warna!

 

Taste the Future of Flavour