Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Assalammualaikum w.b.t. & salam sejahtera
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup Permohonan Penarafan Entiti Penyelidikan Tahun 2025 dilanjutkan sehingga 15hb Ogos 2025.
Pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik para Dekan / Pengarah / TDPI / TPPI untuk menguar-uarkan perkara ini kepada semua kakitangan akademik di FAPI masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan pautan dokumen-dokumen berkaitan permohonan untuk rujukan (https://umsedumy-my.sharepoint.com/:f:/g/personal/mafaiz_ums_edu_my/EtY2R1S7_rVDmQ_JZcPWMiYBhJgUl0cbbzhUZuq8k5F18w?e=Ze8aKz).
Semua permohonan hendaklah dihantar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan disalinkan kepada YBrs. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan sebagai pemakluman.
Sekiranya terdapat sebarang soalan, sila berhubung terus dengan Encik Mohd. Aminur Faiz bin Suis, Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih