Statistik Bayaran Skim Potongan Zakat Berjadual Kakitangan UMS Bagi Tempoh Januari Sehingga Ogos 2025

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

STATISTIK BAYARAN SKIM POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (PZB) KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TEMPOH JANUARI SEHINGGA OGOS TAHUN 2025
 
Assalamualaikum WBT 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
 
Sukacitanya, pihak Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah menunaikan zakat melalui Skim Potongan Zakat Berjadual (PZB).
 
Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Pusat Islam UMS telah dilantik secara rasmi sebagai ejen amil pungutan dan agihan zakat bagi pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Memorandum Perjanjian (MOA) yang telah dimeterai secara rasmi pada 22 Oktober 2022. 
 
Sehubungan itu, Pusat Islam UMS mengajak semua kakitangan Muslim yang belum menyertai Skim Potongan Zakat Berjadual (PZB) agar menunaikan zakat melalui skim ini. Zakat adalah tuntutan agama yang membawa keberkatan rezeki dan kesejahteraan hidup. Anda bila lagi?
 
“Zakat Tanggungjawab Kita, Manfaat Bersama”
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah
 
KUNJUNGI PERKHIDMATAN KAUNTER KAMI
📍 Kaunter Zakat Pusat Islam UMS | Tingkat 1, Pejabat Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
🕘 Isnin – Jumaat | 9:00 pagi – 3:00 petang
 
PERUNDING ZAKAT PUSAT ISLAM UMS
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian Sila hubungi:-
📞Pn. Noorisah 013 285 5378
📞Pn. Kartini 019 804 2698
📞Cik. Noorfazlina 013 808 5856
 
#UMSshare 
#JomTunaikanZakat
#ZakatMembawaBerkat