Program Astronomi Inklusif @ Sabah 2025

Cetak

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Planetarium Negara dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Astronomi Inklusif @Sabah pada 6 November 2025 (Khamis) bertempat di U-Science, UMS.

Program ini dilaksanakan bersempena dengan penyerahan Modul Astronomi Bagi Murid Bekeperluan Khas (MBKP) Ketidakupayaan Penglihatan terbitan MOSTI kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Tuaran, Sabah.