Setinggi-Tinggi Tahniah Dan Syabas! Penyelaras KKP (OSH-C) Baharu UMS Bagi Tahun 2025

Cetak

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS!

PENYELARAS KKP (OSH-C) BAHARU UMS BAGI TAHUN 2025
 
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) dengan kerjasama strategik Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKEPT UMS) telah menganjurkan Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-Coordinator) pada 21-23 Oktober 2025. 
 
Kursus ini telah berjaya dihadiri oleh 28 orang kakitangan UMS yang terdiri daripada 23 orang Setiausaha JKKP-JAFPIB dan lima (5) Ahli JKKP.
 
Kejayaan penganjuran dan penyertaan penuh komitmen ini jelas membuktikan kesungguhan UMS untuk membudayakan sistem kerja selamat dan sihat secara berterusan di Universiti Malaysia Sabah.
 
COSH UMS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta.