Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

| Aturcara Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat UMS |
SAMBUTAN AMBANG TAHUN BAHARU 2026 PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)✨
Universiti Malaysia Sabah dengan penuh sukacita menjemput seluruh warga Universiti Malaysia Sabah untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Universiti Malaysia Sabah, sebagai tanda kesyukuran serta permulaan langkah baharu dalam memperkukuh komitmen warga universiti ke arah kecemerlangan berterusan.
Butiran Program:
🗓 Tarikh: 31 Disember 2025 (Rabu)
⏰Masa: 10.00 malam
📍Tempat: Pantai Kemudi Ilmu @ ODEC, Universiti Malaysia Sabah
🌟 Tetamu Kehormat:
Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP
Naib Canselor
Universiti Malaysia Sabah
Program ini merupakan acara rasmi peringkat universiti yang bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan, perpaduan dan jati diri warga UMS dalam suasana santai, berhemah dan bermakna. Dilampirkan bersama atur cara program untuk rujukan selanjutnya.
📣 SELURUH WARGA UMS DIJEMPUT HADIR
Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan dihargai.
#AmbangTahunBaharu2026
#PeringkatUMS
#WargaUMS
#UMSTheBRAINofBORNEO
#MalaysiaMADANI