Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

Sepertimana YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan berjadual sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan bagi memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan berjalan mengikut perancangan dengan mengambil kira pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta memastikan proses pemantauan dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan.
Oleh yang demikian, mohon kerjasama dan perhatian daripada pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada ketua penyelidik di jabatan masing-masing untuk membuat pengemaskinian Laporan Prestasi melalui Borang Progress Report yang dilampirkan. Borang ini hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen pembuktian bagi menyokong laporan pencapaian prestasi fizikal dan kewangan (Data sehingga 31 Disember 2025) mengikut skim geran penyelidikan berikut :
1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2022 sehingga Fasa 1/2024
2. Skim Geran Penyelidikan Fundamental -Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
3. Program Padanan Industri (IMaP) Tahun 2024.
Borang-borang berkenaan boleh dimuat turun melalui QR Code yang tertera di infografik yang disertakan.
Laporan hendaklah dihantar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 20 Februari 2026. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi Puan Rohani Binti Hadi ni nombor telefon : 016-803 2554 atau Encik Afendih Bin Ambrih di nombor : 013-8216167.
Sekian, terima kasih.