PENGUMUMAN DARIPADA | : KELAB SUKARELAWAN PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH / UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FOUR WHEEL DRIVE VOLUNTEER CLUB (UMS 4WDVC) |
SUBJEK | : MAKLUMAN PENUBUHAN UMS 4WDVC DAN PEMBUKAAN KEAHLIAN BARU |

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (UMS 4WDVC) diluluskan penubuhannya oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti pada 15 April 2014. Pada 20 Januari 2016, kelab ini telah memperolehi kelulusan pendaftaran persatuan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia.
Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat pacuan empat roda serta mereka yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan khususnya kakitangan UMS untuk melaksanakan program kesukarelawan komuniti.
Antara lain objektif penubuhan kelab ini adalah:
1. Menyediakan satu wadah atau persatuan bertujuan untuk menghimpun peminat-peminat pacuan empat roda serta mereka yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan khususnya kakitangan UMS untuk melaksanakan program kesukarelawan komuniti;
2. Memupuk budaya kesukarelawan, semangat kerjasama dan bantu membantu dikalangan kakitangan UMS;
3. Menyalurkan khidmat sukarela oleh ahli profesional dalam kelab atau lain-lain bentuk khidmat masyarakat yang boleh disumbangkan oleh ahli kelab;
4. Memberi kursus, latihan dan seminar berkaitan kemahiran penggunaan kenderaan pacuan empat roda dan peralatan bantuan kenderaan;
5. Mengeratkan dan merapatkan jurang hubungan di antara Universiti Malaysia Sabah dan masyarakat luar bandar;
6. Menganjurkan program dan aktiviti berkaitan dengan kenderaan pacuan empat roda.
UMS 4WDVC akan mula membuka keahlian AHLI BIASA kelab pada Mesyuarat Agung UMS 4WDVC Bil. 1/2016 yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini. Kakitangan UMS yang berminat menyertai kelab ini, boleh mengisi borang permohonan keahlian yang disertakan bersama ini. Maklumat syarat keahlian, yuran dan perlembagaan kelab juga turut disertakan bersama sebagai rujukan.
Sekian dan harap maklum.
MOHD ZAIDIE ADILAI
Setiausaha Agung Penaja
Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC)
D/A Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Tel: 088 320000 samb. 611006
Faks: 088 321373
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.