PENGUMUMAN DARIPADA | : KELAB SUKARELAWAN PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH |
SUBJEK | : MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG UMS 4WDVC KALI KE-1 |

Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (UMS 4WDVC) telah diluluskan penubuhannya oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti pada 15 April 2014. Pada 20 Januari 2016, kelab ini telah memperolehi kelulusan pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung UMS 4WDVC Kali-1 yang akan diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh : 26 Februari 2016 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Auditorium Utama, Aras 2, Blok B, Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Agenda Mesyuarat;
1. Ucapan Aluan Presiden
2. Pembubaran Jawatankuasa Penaja
3. Pengundian dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa UMS 4WDVC 2016/2017
4. Membincangkan Perlembagaan Kelab
5. Membincangkan Cadangan Usul
6. Hal-hal lain
Sehubungan itu, semua ahli UMS 4WDVC adalah dimohon hadir dalam mesyuarat berkenaan. Bersama ini disertakan Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa dan Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung untuk tindakan Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan. Mohon maklumbalas Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan bagi kedua kertas berkenaan sebelum 23 Februari 2016 melalui emel Setiausaha Jawatankuasa Penaja iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Kepada kakitangan UMS yang berminat menyertai kelab ini, Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan boleh mengisi borang permohonan keahlian yang disertakan bersama. Maklumat syarat keahlian, yuran dan perlembagaan kelab juga turut disertakan sebagai rujukan.
Sekian dan harap maklum.
Yang ikhlas,
MOHD ZAIDIE ADILAI
Setiausaha Jawatankuasa Penaja
Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC)
D/A Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Tel: 088 320000 samb. 611006
Faks: 088 321373
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran:
1. Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa UMS 4WDVC
2. Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung UMS 4WDVC
3. Maklumat Syarat dan Yuran Keahlian UMS 4WDVC