Pengumuman Daripada | : Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa |
Subjek | : Larian Merdeka 10km Ke Puncak UMS |
Kota Kinabalu: Sebagai penghayatan terhadap bulan Merdeka, UMS akan menganjurkan ‘Larian Merdeka 10km Ke Puncak UMS’ pada 27 Ogos 2016. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Libatsama Masyarakat (KARIB), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) di bawah pimpinan Veronica Petrus Atin, pensyarah PPIB. Penyelaras program ialah Erwin Rusfian yang merupakan kakitangan sokongan di PPIB.
Larian ini bertujuan mengukuhkan penghayatan terhadap kemerdekaan di kalangan warga UMS dan peserta larian, di samping menggalakkan gaya hidup sihat.
Yuran penyertaan adalah RM 30 untuk pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, dan RM 50 untuk dewasa (terbuka kepada semua). Penganjur turut menerima peserta walk-in dengan bayaran yuran RM60. Yuran ini termasuk sehelai t’shirt larian, running kit dan sijil. Kategori larian adalah Lelaki dan Wanita.
Peserta yang mendaftar akan menerima sijil penyertaan. Tiga peserta terpantas bagi setiap kategori Lelaki dan Wanita akan mendapat trofi dan sijil, manakala 25 peserta yang terawal menamatkan larian bagi setiap kategori akan mendapat medal dan sijil..
Borang pertandingan dan maklumat lain boleh diperolehi di laman Facebook Larian Merdeka 10km ke Puncak UMS dan juga di pejabat pentadbiran UMS.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Erwin Rusfian di nombor (014) 3335392.
