CADANGAN PROGRAM / PROJEK DIBAWAH INISIATIF NBOS 8: UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (UCTC) BAGI TAHUN 2017 DAN 2018

Cetak
PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN JARINGAN KOMUNITI, PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI 
 
SUBJEK: CADANGAN PROGRAM / PROJEK DIBAWAH INISIATIF NBOS 8: UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (UCTC) BAGI TAHUN 2017 DAN 2018
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.
 
2.        Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), mempelawa semua Universiti untuk mengemukakan cadangan program/projek UCTC yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dengan pengamalan prinsip NBOS (low cost, high impact, rapid execution and sustainability). Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini terhad kepada 10 cadangan terbaik sahaja bagi setiap universiti yang merangkumi 5 cadangan program/ projek bagi tahun 2017 dan 5 cadangan program/ projek bagi tahun 2018. Justeru itu, kami mengalu-alukan cadangan program/projek UCTC daripada semua pensyarah UMS.
 
3.         Bersama-sama ini disertakan format cadangan program/ projek UCTC seperti berikut:
 
a)    Borang Ringkasan Projek;
b)    Format Kertas Kerja; dan
c)    Format Laporan.
 
4.         Cadangan Program/ Projek UCTC yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 21 Februari 2017 (Selasa) jam 5.00 petang untuk tindakan selanjutnya di Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada:
5.       Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.