TUNTUTAN PERJALANAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DALAM / LUAR NEGARA BAGI TAHUN 2017

Cetak
Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Kepada
: Semua Kakitangan UMS
Subjek
: Tuntutan Perjalanan MenghadiriI Persidangan Dalam/ Luar Negara Bagi Tahun 2017
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.                                        
 
2.  Bagi memastikan kelancaran aktiviti bayaran bagi tujuan penutupan akaun dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak Bendahari, mohon kerjasama semua staf agar dapat mengemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara sepertimana ketetapan berikut:
 
Bil
Perkara
Tuntutan Perjalanan Bagi Tempoh
Tarikh Akhir Kemukakan Tuntutan Melalui Sistem i-Claim
1
Kemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara
Januari – November 2017
5 Disember 2017
2
Kemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara
Disember 2017
sahaja
20 Disember 2017
 
3.       Kegagalan mengemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara mengikut ketetapan di atas akan menyebabkan tuntutan tersebut TIDAK dapat diperaku untuk bayaran kerana akaun telah ditutup.
 
4.       Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof./Dr./Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
 
Surat Tuntutan Perjalanan 2017 (.pdf)