Pengumuman daripada: Bahagian Keselamatan, UMS
Subjek: Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Bahagian Keselamatan
Senarai Edaran Seperti Dilampiran
Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Lt Kol. Abdul Talib Arifin (B) akan bercuti rehat pada 26 hingga 29 Disember 2017. Sehubungan itu, sepanjang ketiadaan beliau di pejabat, tugas-tugas ketua bahagian keselamatan akan dijalankan oleh penama seperti berikut:
Tarikh | Pegawai yang menjalankan tugas pemangkuan |
26-29 Disember 2017 | Insp/Pb Massalinri Bin Mohd Tahir Pegawai Keselamatan |
Adalah diharapkan Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama kepada pegawai berkenaan sepanjang tempoh tersebut di atas.
Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.