PROMOSI ISTIMEWA GAYA HIDUP HIJAU ECOCAMPUS - SEWAAN BASIKAL ELEKTRIK

Cetak

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUS

SUBJEK: PROMOSI ISTIMEWA GAYA HIDUP HIJAU ECOCAMPUS - SEWAAN BASIKAL ELEKTRIK

 
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam EcoCampus,
 
Makluman kepada kesemua kakitangan UMS, Pusat Pengurusan EcoCampus menyediakan perkhidmatan sewaan basikal elektrik pada kadar sewaan serendah RM3.00 sejam sahaja. Sewaan boleh dibuat bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat (kecuali Cuti Umum) bertempat di Pusat Informasi Pelawat EcoCampus (EVIC), Blok C, Fakulti Sains dan Sumber Alam (sebelah Tasik UMS).
 
Bagi menggalakkan aktiviti sihat berbasikal di kalangan warga UMS, sewaan jam kedua diberikan percuma bagi setiap satu jam sewaan dan boleh digunakan sama ada untuk diri sendiri atau diberikan kepada orang lain. Promosi istimewa ini bermula hari ini sehinggalah penghujung Mei 2018. Cepatlah rebut peluang keemasan ini!
 
Bagi tujuan keselamatan, penggunaan topi keselamatan berbasikal juga disediakan secara percuma (dikembalikan bersama-sama dengan basikal elektrik) dan penggunaan basikal elektrik adalah terhad di dalam kawasan Kampus UMS Kota Kinabalu sahaja.
Sebarang pertanyaan dan urusan sewaan, sila hubungi En. Alimin Awang Ali di talian 088-320 705.
Sekian, terima kasih dan harap maklum.