SURAT PERINGATAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN SEMULA SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) DAN LAPORAN PENCAPAIAN UNTUK BORANG eLNPT TAHUN 2018

Cetak
Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Surat Peringatan untuk Membuat Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Pencapaian untuk Borang eLNPT Tahun 2018
 
PERINGATAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN SEMULA SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) DAN LAPORAN PENCAPAIAN UNTUK BORANG eLNPT TAHUN 2018
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.     Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 berkaitan Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 berkaitan Panduan Pengurusan Pejabat adalah berkaitan dan dirujuk.
 
03.     Setiap pegawai yang dinilai (PYD) hendaklah ditetapkan sasaran kerja yang perlu dilaksana dan dicapai dalam sesuatu tahun penilaian. Semua kakitangan WAJIB menyediakan SKT dan Laporan Pencapaian yang lebih objektif dan seragam pada awal tahun penilaian bagi membantu Pegawai Penilai membuat penilaian yang lebih menggambarkan pencapaian sebenar PYD pada akhir tahun penilaian. 
 
04.     Sehubungan itu, pihak Prof./Dr./Tuan/Puan adalah diingatkan untuk membincangkan dan membuat kajian semula pertengahan tahun untuk semua senarai SKT dan Laporan Pencapaian yang telah ditetapkan bersama PYD pada awal tahun ini.
 
Segala perhatian dan kerjasama Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Surat Peringatan (.pdf)