ASEAN FURNITURE DESIGN CONTEST 2018

Cetak
Pengumuman Daripada: Perbadanana Harta Intelek Malaysia (MYIPO)
Subjek: Asean Furniture Design Contest 2018
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan mengadakan pertandingan ASEAN Furniture Design Contest 2018 di peringkat kebangsaan. Pertandingan ini adalah kerjasama Pejabat Harta Intelek ASEAN dengan sokongan EU (ARISE Plus Program) dimana pertandingan peringkat ASEAN yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada Oktober 2018. 
 
Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi penghargaan dan peluang kepada pereka perabot ASEAN dan meningkatkan kesedaran dalam perlindungan harta intelek. Pertandingan ini terbuka kepada negara anggota ASEAN, terutama kepada pereka, pencipta dan mereka yang terlibat di dalam industri perabot. Pertandingan ini akan diadakan dalam 2 peringkat:

 

  1. Peringkat kebangsaan (separuh akhir) : 27 – 28 Jun 2018
  2. Peringkat ASEAN (akhir)                     : Oktober 2018

 

Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang MyIPO, www.myipo.gov.my. Bersama ini dilampirkan poster hebahan serta syarat-syarat pertandingan untuk rujukan.
 
Tarikh tutup pertandingan peringkat kebangsaan ialah pada 12 Jun 2018 dan 5 finalis yang terpilih akan bertanding diperingkat akhir di Bangkok, Thailand. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia berikut:
 
            En. Hasrul Azha bin Baharin
            Tel        : 03 – 2299 8556
            E-mel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
            En. Wan Hasbullah bin Wan Rosli
            Tel        : 03 – 2299 8872
            E-mel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Surat - Asean Furniture Design Contest 2018 (.pdf)
Lampiran - Asean Furniture Design Contest 2018 (.pdf)