Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan
Subjek: Peringatan Keselamatan
Sempena dengan cuti umum hari raya aidilfitri pada 15 & 16 jun 2018, semua warga universiti (kakitangan dan pelajar) adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh cuti umum tersebut.
Antara langkah yang perlu adalah seperti berikut :
- Memastikan pintu-pintu bilik dan pejabat dikunci sebelum meninggalkan bilik atau pejabat.
- Simpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan berkunci.
- Sila maklumkan bahagian keselamatan sekiranya anda meninggalkan kenderaan di dalam kawasan universiti untuk tujuan pemantauan. Untuk makluman, bahagian keselamatan juga menyediakan perkhidmatan bagi meletakkan kenderaan di kawasan parkir pejabat keselamatan.
- Laporkan dengan kadar segera kepada pihak keselamatan sekiranya anda terlihat atau mengesyaki terdapat aktiviti jenayah / orang yang mencurigakan di dalam kawasan kampus
- Anda boleh datang terus ke pejabat keselamatan atau menghubungi pihak keselamatan di talian 088-320111
Kerjasama dan tindakan semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian dan terima kasih.