Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek: Pembukaan Permohonan Skim Geran Inovasi UMS (SGIUMS) Fasa 2/2018
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Skim Geran Inovasi UMS (SGIUMS) Fasa 2/2018 akan dibuka secara atas talian melalui SMPPPI bermula 15 Ogos sehingga 17 September 2018.
Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui Sistem Maklumat Penyelidikan http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx dan mengambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting seperti berikut:
Tarikh Mula | Tarikh Akhir | Perkara | Catatan | Tindakan |
15 Ogos 2018 | 17 Sept. 2018 | Permohonan SGIUMS secara online melalui SMPPPI | Sistem boleh diakses sehingga jam 23:59, 17 Sept. 2018 (Isnin)
*Permohonan yang diperakukan oleh HOD sahaja. |
|
18 Sept. 2018 | 24 Sept. 2018 | Tempoh penilaian oleh panel penilai dalaman melalui SMPPPI |
|
|
25 Sept. 2018 | 26 Sept. 2018 | Sesi pembentangan permohonan SGIUMS | Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian. |
|
27 Sept. 2018 | 30 Sept. 2018 | Penambahbaikan permohonan SGIUMS melalui SMPPPI |
| Pemohon |
1 Okt. 2018 | 5 Okt. 2018 | Proses pengeluaran surat kelulusan SGIUMS | Tertakluk penambahbaikan permohonan lengkap dalam SMPPPI | PPI |
Garis Panduan SGIUMS boleh dirujuk di http://www.ums.edu.my/ppiv2/ms/muaturun/pengurusan-inovasi
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Seksyen Pengurusan Inovasi PPI seperti berikut:
- Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman (samb. 613803, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
- Pn. Rozaidah Amir Hussein (samb: 613806, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
- Cik Masrina Maujar (samb: 613815, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Sekian. terima kasih.