PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
SUBJEK: JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR INTERAKTIF SMART SHARING PROGRAMME (SHARP) : PENYALAHGUNAAN BAHAN & KAUNSELING PEMULIHAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan seminar tersebut di atas pada 10 & 11 Oktober 2018 di Dewan Resital, UMS.
Antara objektif seminar adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta seminar tentang implikasi penggunaan bahan psikoaktif terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Seminar ini juga menekankan tentang kepentingan kesedaran dalam kalangan komuniti untuk membantu mencegah penyalahgunaan bahan dan pemulihan penagih dadah. Penceramah seminar ini adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing seperti Prof. Dato’ Dr. Mahmood Nazar (Profesor Psikologi CUCMS), YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Hussin (Mantan Pengarah AADK), Yang Arif. Dato’ Duncan Sikodol (Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah), Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Mohd Daud (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS) dan lain-lain.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput dan memohon kerjasama pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. untuk memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan dan pelajar di JFPIU. Bersama ini disertakan maklumat seminar untuk rujukan dan tindakan lanjut daripada pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri.
Untuk sebarang maklumbalas, pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. bolehlah berhubung dengan En. Md Razali Saibin di talian 013-543 0833 atau Cik Nazatul di talian 019-5362175.
Semoga dengan keprihatinan YBhg. Prof. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan/Sdr./Sdri. di dalam perkara ini diucapan ribuan terima kasih.

